Wednesday 1 February 2012

Aku tahu Kau rindu Aku dekat denganmu...

Tika Aku hampir rebah
Tika hati mulai lemah
dan Tika iman mulai rendah..
Kau hantarkan seseorang kepadaku
sebagai wakil untuk aku kembali kepadamu..
Kau sudi hadir menghulurkan tangan
kerna CINTA kita yang pernah bersemi..
CINTA yang tak mungkin akan kau lupakan
tapi diri Aku sendiri yang alpa
akan cinta yang pernah dilafazkan
kerana terleka dengan cinta duniawi..
Kau salurkan dalam jiwaku kekuatan
kerna Kau tahu..
semua kekuatan itu adalah dengan izinMu
untuk Aku bangkit semula
tertatih-tatih mencari sinar kembali
dari hijab yang pernah tersingkap
dan dosa serta noda yang menggunung
Kau tidak kisah akan apa yang telah aku lalui
kataMu "itulah ujian yang kuberi"
untuk menyedarkan iman di hati
dan merampas aku kembali
dari berterusan bergelumang dengan keseronokkan yang tak pasti..
Kau terus menarik tanganku
untuk kembali padaMu
untuk lebih rapat denganMu
untuk membersihkan diri dan jiwaku
tanpa jemu
walaupun aku sendiri yang pergi
meninggalkanMu sendiri..
Sungguh, Aku rindu akan tangan-tangan itu
tapi, mungkin mereka tidak tahu
apa yang tersirat di dalam hatiku
di sebalik senyuman dan tawaku
ada sekeping hati yang menangis,merintih dan mulai terhakis..
tiba-tiba Aku tersentak
apabila kau menghulurkan tangan
sedang aku tidak pernah mengadu padaMu
tapi kau hadir kerna CINTA kita yang pernah bersatu
sebagai penerus kepada CINTA kita yang pernah terukir
suatu ketika masa dahulu
oleh tangis dan jiwaku..
sungguh, Aku terkaku dan malu sendiri
kerna Kau tidak pernah lupa
tapi diriku sendiri yang alpa
Aku tahu Kau rindu Aku dekat denganMu
walaupun aku semakin menjauh
jauh,jauh dan jauh..
darimu, Wahai pemilik CINTAku..




No comments:

Post a Comment