Thursday 2 February 2012

Kau yang ku kenal


Sahabat..
kau bagiku laksana penjual kasturi
sedikit kesannya
keharuman melata..

Sahabat..
bukan rupa parasmu yang kujadikan bandingan
darjat dan pangkat bukan soal pilihan
yang mulia di hati budi
tapi..asasnya IMAN neracanya TAQWA



Sahabat..
seorang sahabat sejati ialah mereka yang..
menegur kesilapanmu
agar ia tidak berulang lagi
melarangmu dari kemungkaran
dan mengingatkanmu dari kealpaan
tidak setakat menganggukkan kepala
mengiyakan saja apa yang mu kata..

Sahabat..
seorang sahabat sejati ialah mereka yang..
malunya mengatasi perawan
beraninya mengatasi pahlawan
rindunya bukan pada pertemuan
cintanya bukan pada gambaran

tetapi...

hatinya sarat dengan iman
rantingnya ikhlas
dan puncak keredhaanNya jadi tumpuan..

Kita ingin segalanya indah
sebersih pasir pantai memutih
seindah dan secerah awan
berseri ukhuwah dipupuk kasih..

Selamat jalan sahabat..
tetaplah berjuang..
jangan kau kalah dengan susah..
sebab itu lumrah
buat kita bergelar khalifah..

semoga kita bertemu kembali
kenanglah masa indah kita..
kerana..
"hidup tak selalu indah..tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan^^"
sebiru hari dan laman blogku ini^^

Sahabat..
mungkin saja pertemuan kita sebentar,
tapi itulah lumrah dunia,
sekejap laksana halilintar,
pergi meninggalkan duka..

Aku di sini kini,
memerlukan doamu
jangan lupakan diri ini,
tika berhadapan dengan Tuhanmu..

Sahabat..
janganlah dikau dikalah masalah
kerna hidup memang untuk payah
kerna kita menuju akhirat yang susah
kerna kita akan mantap di syurga
bersama sahabah..

Sahabatku..
jagalah hubungan dengan Tuhanmu
Sesungguhnya berhubung denganNya tiada kecewa
jagalah hatimu
kerana ia penunjuk jalan ke syurga atau neraka..

Sahabatku..
jangan kau kalah dengan suasana
andai kau lemah tak berupaya
kenanglah Allah dan RasulNya..


Andai kau perasan kelibatku di syurga,
jeritlah namaku,
kerna aku akan mengapai tanganmu
bergandingan memasuki syurga..


Andai kau terdengar suaraku tersiksa di neraka..
berdoalah..
kerna doa sahabat karib di dunia
bakal menarik perhatian Tuhan yang Esa..



Wahai sahabatku..
inilah wasiatku..
andai tiada esok bagiku
kerna aku risau padamu
akan terjerumus ke lembah
yang tak tergapai olehku
untuk menyelamatkanmu..

Inilah kasih sayangku..
buat sahabat yang mewarnai duniaku..
man la yarham,
la yurham
aku sayang padamu
teringin sekali aku ucapkan kata keramat ini..

UHIBBUKUNNA FILLAH ABADAN ABADA

kerana aku mahu bergandingan tangan denganmu
masuk ke syurga Allah..
Tuhan kita..




"Sesungguhnya Engkau tahu bahawa hati-hati ini telah berpadu, berhimpun dalam naungan CINTAMU..bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan untuk mensyariatkan Islam dalam kehidupan.., hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulatkan dan menyokong syariatMu..maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraanya akan jalanNya..
penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tiada pernah padam..lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahanbertawakkal kepadaMu..hidupkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMu..jika Kau mentakdirkan kami mati, maka matikanlah kami sebagai para syuhada' yang ikhlas berjuang di atas jalanMu..Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik sandaran dan pembela..
Ya Allah..perkenankanlah permintaan kami ini..

No comments:

Post a Comment